
BERAPAKAH KOS SERVIS UNTUK
PERODUA ATIVA TURBO
Servis Pertama
10,000 KM
1. 10,000KM – untuk servis pertama, ia hanya dilakukan pada kilometer 10,000 yang pertama. Ini menjimatkan masa dan kos pengguna kerana mereka tidak perlu menghantar kereta pada 1000km dan juga 5000km pertama. Ativa menggunakan minyak enjin sintetik penuh 0W-20 sebanyak 3.5 liter dengan kos RM145.60.
Pemilik juga perlu menggantikan penapis minyak hitam (RM 11.90) dan drain plug gasket (RM 3.00). Tiada kos upah dikenakan untuk servis pertama menjadikan kos keseluruhan servis ini ialah RM 160.50.


Servis Kedua & Keenam
20,000 KM
2. 20,000KM– Anda perlu membayar kos servis tambahan iaitu termasuklah penapis penyaman udara yang berharga RM 33.50, kos upah RM 61.60 dan SST (RM3.70). Ini menjadikan kos keseluruhan servis kedua ialah RM 259.30. Kos ini adalah sama pada kilometer 60,000KM
Servis Ketiga,Kelima,Ketujuh,kesembilan
30,000 KM
3. 30,000KM– pada kilometer ini, kos servis Ativa hampir sama dengan kos 10,000KM pertama dengan tambahan kos upah buruh sebanyak RM39.90 dan SST (RM2.39). Ini menjadikan kos keseluruhan servis Ativa hanyalah RM 202.79 sahaja. Kos ini adalah sama pada kilometer 50,000KM, 70,000KM dan 90,000KM


Servis Keempat, keenam
40,000 KM
4. 40,000KM – bila dah masuk 40,000KM kos servis akan menjadi kasar sikit sebab ketika ini Ativa perlu menjalani servis major. Selain menukar minyak enjin dan penapis minyak enjin, Ativa perlu menukar penapis udara enjin (RM 53.80), 1 liter minyak brek (RM 56.00) dan juga 2 liter cecair penyejuk enjin (RM 103.20)
Selain itu pemilik perlu menukar penapis penyaman udara (RM 33.50), kos upah (RM 90.30) dan SST (RM 5.42). Kos keseluruhan pada major servis ialah RM 423.12 dan kos ini adalah sama pada kilometer 80,000KM
Servis Kesepuluh
100,000 KM
5. 100,000KM – ketika Ativa mencecah perbatuan ini, biasanya kos servis akan bertambah disebabkan pemilik perlu menukar satu set palam pencucuh (3 unit dengan harga RM 471.90) dan cecair hidraulik untuk transmisi D-CVT dengan kos RM 97.50.
Ketika ini juga pemilik disarankan menukar penapis penyaman udara dengan harga RM 33.50, kos upah (RM 70.00) dan SST (RM 4.20) menjadikan kos keseluruhan ialah RM 841.40
